Saturday, October 17, 2020

PERSATUAN AKADEMI ARAB MIKRO - PAKAR

  Bismillah,

Sedikit sebanyak mengenai PAKAR.
PERSATUAN AKADEMI ARAB MIKRO (PAKAR) didaftarkan secara rasminya pada 18 Februari 2016 di Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan, Kementerian Dalam Negeri dengan nombor pendaftarannya iaitu PPM-024-03-18022016. Matlamat utama PAKAR ialah melahirkan generasi baru yang fasih dan memahami Al-Quran serta berjiwa da’ie.
Oleh itu, ke arah merealisasikan matlamat tersebut, PAKAR mengorak langkah membina sebuah Pusat Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab yang menggunakan sistem Bahasa Arab Mikro. Pusat pengajian atau dikenali sebagai Akademi Arab Mikro (AKRAM) merupakan fasilitis pembelajaran bahasa Arab Mikro kedua selepas Arab Mikro Center Nilam Puri, Kelantan.
AKRAM akan dikendalikan sepenuhnya di bawah Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) sebagai badan pengurus dan pemegang amanah kekal kepada institusi wakaf ini.
PAKAR juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat ALC Arabic Language & Consultancy sebagai badan perunding dan pengajar di peringkat Akademi Arab Mikro. Tenaga-tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman di bawah ALC akan diserap ke dalam AKRAM bagi merealisasikan matlamat utama persatuan khususnya.

Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) menyediakan pelbagai perkhidmatan iaitu khidmat konsultansi bahasa Arab yang mana PAKAR akan bekerjasama dengan syarikat ALC Arabic Language & Consultancy sebagai badan perunding dan pengajar di peringkat Akademi Arab Mikro.


Selain itu juga, PAKAR merupakan sebuah persatuan yang bertanggungjawab dalam merialisasikan pembinaan Akademi Arab Mikro (AKRAM). Persatuan ini juga ada menyediakan jualan-jualan wakaf, jualan-jualan modul seperti Tadabbur Hafazan surah-surah pilihan, dan juga jualan produk yang tidak berbentuk ilmiah seperti jualan produk makanan dan baju.


Usaha-usaha ini dilakukan untuk menampung perbelanjaan pembinaan institusi AKRAM. Segala aktiviti dan jualan produk akan senantiasa di muat naik di page Persatuan Akademi A

rab Mikro (PAKAR).






Majlis Berbuka Puasa & Pra-Pelancaran Akademi Arab Mikro pada 23 Jun 2016



Perasmian oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan


Ucapan oleh Pengurus Pusat Bahasa Arab Mikro Ustaz Dr. Mohd Rosdi Bin Ismail

Friday, August 14, 2020