PRA SEKOLAH ARAB MIKRO


PRA SEKOLAH ARAB MIKRO



Pra Sekolah Arab Mikro adalah suatu program yang dirangka khusus untuk membimbing masyarakat pelajar yang berumur 6 hingga 12 tahun untuk menguasai kemahiran Al-Quran, Al- Qiyadah (Fardhu ‘Ain), dan kemahiran bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Jawi)  melalui sistem yang telah disusun rapi untuk memenuhi keperluan akademik dan komunikasi serta pembentukan sahsiah dan kendiri pelajar sebelum memasuki alam persekolahan. 


SASARAN
Ia dibangunkan untuk:-

1. Pelajar dari lingkungan umur 4 hingga 12 tahun sebagai persediaan memasuki alam persekolahan.
2. Mana-mana pelajar yang telah bersekolah dan ingin mengikuti kursus ini untuk memperkukuhkan kemahiran bahasa yang berkaitan.

TEMPOH
Pra Sekolah Arab Mikro akan dijalankan dalam tempoh sepuluh (10) bulan pengajian. Proses pembelajaran berlaku dalam tempoh 1600 jam PEMBELAJARAN (08 jam x 5 hari x 4 minggu x 10 bulan). Pengambilan pelajar akan dilakukan pada bulan JANUARI setiap tahun. Pendaftaran dibuka sepanjang MASA.

MODUS 
Pra Sekolah Arab Mikro akan dijalankan secara sepenuh masa di Kampung Tasik, Rantau Panjang, Kelantan. Makan/minum disediakan. Program hanya dihadkan kepada 15 pelajar sahaja untuk setiap kelas. 

Program dipecahkan kepada EMPAT SESI PEMBELAJARAN berikut:-

08.00 – 09.00 pg : Pembelajaran Al-Quran
09.00 – 10.00  pg: Pembelajaran Fardu ,Ain dan Akhlak)
10.30 – 11.30 tgh: Pembelajaran Bahasa Arab
12.30 – 01.30 ptg: Pembelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

OBJEKTIF
1. Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia, dan bersifat kepimpinan dalam kehidupan seharian.
2. Memperkenalkan kaedah MUDAH, CEPAT dan BERKESAN dalam menguasai 4 kemahiran asas bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Jawi)
3. Mengasah minat pelajar dalam mempelajari pelbagai bahasa sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan.
 
PEMBELAJARAN
Para pelajar akan dipastikan memahami dan menguasai perkara-perkara berikut sebelum diperakui lulus melalui ujian sistem peperiksaan terbuka yang dijalankan:-

1. Al-Quran
Iqra’ 1-6
2. Modul Al-Qiyadah (Fardhu ‘Ain)
Fardhu ‘ain – aqidah / ibadah / sirah / adab dan akhlak / ayat Al-Quran dan hadith pilihan.
3. Modul Bahasa Arab dan Jawi
Mengenali huruf / nombor / kosa kata / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan / kata kerja / kata ganti nama / pelengkap ayat.
4. Modul Bahasa Inggeris
Bunyi huruf / simbol huruf / membaca suku kata dan perkataan / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan.
5. Modul Bahasa Melayu
Bunyi huruf / symbol huruf / membaca suku kata dan perkataan / mendengar / menyebut dan bertutur / membaca / menulis / melakonkan..
  

PERMOHONAN
Mana-mana INDIVIDU atau INSTITUSI yang berminat untuk menyertai atau menaja program ini dipersilakan menghubungi Dr Rosdi Ismail di talian 014-8384040










No comments:

Post a Comment